Sunday, December 16, 2007

Bukti baru Raja Munirah dianiaya

Utusan Malaysia - 16/12/2007

Oleh ZULKIFLI MANZOR

KUALA LUMPUR 15 Dis. – Peluang Raja Munirah Raja Iskandar bebas daripada tuduhan menyeludup dadah di Jepun semakin cerah berikutan wujud beberapa bukti baru menunjukkan dia dianiaya oleh sindiket dadah.

Peguamnya, Rosal Azimin Ahmad berkata, beberapa bukti terkini yang diperoleh dengan bantuan Jabatan Narkotik Ibu Pejabat Polis Bukit Aman akan dikemukakan dalam rayuan di Mahkamah Agung Jepun, April depan.

“Kami dapat kerjasama baik daripada Ibu Pejabat Polis Bukit Aman tetapi bukti yang ada tidak boleh didedahkan kepada umum pada masa ini.

“Kami juga sedang mengemaskini bukti-bukti lama untuk membebaskan Raja Munirah,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Raja Munirah, 22, lulusan Ijazah Komunikasi Massa sebuah kolej swasta di Cyberjaya kini menjalani hukuman penjara tujuh tahun empat bulan di Pusat Tahanan Kosuke, Tokyo.

Episod hitam hidupnya bermula apabila Milad, pemuda Iran yang menuntut di sebuah universiti di Cyberjaya, menawarkannya jawatan pegawai perhubungan awam (PRO) di Jepun dengan gaji hampir RM10,000 sebulan.

Dia diminta menghadiri temu duga di Tokyo seorang diri dan dibelikan sebuah beg besar untuk memuatkan pakaian musim sejuk.

Setibanya di Lapangan Terbang Narita, Tokyo pada 20 Disember tahun lalu, Raja Munirah secara sukarela meminta kastam Jepun mengimbas begnya untuk mempercepatkan pemeriksaan.

Bagaimanapun, 690.80 gram dadah jenis syabu didapati tersembunyi dalam ruang antara lapisan dinding dalam dan kulit beg itu.

Pada 4 Disember lalu, Mahkamah Tinggi Tokyo menolak rayuan Raja Munirah bagi mengetepikan sabitan kesalahan tetapi mengurangkan 100 hari hukuman penjara.

Rosal Azimin menambah, notis rayuan mengetepikan sabitan kesalahan dan hukuman penjara itu difailkan di Mahkamah Agung Jepun pada 6 Disember lalu.

Dalam pada itu, Rosal Azimin merayu sumbangan orang ramai bagi meringankan beban keluarga gadis malang itu yang memerlukan kira-kira RM20,000 untuk kos mengemukakan rayuan di Mahkamah Agung Jepun.

“Sumbangan pelbagai pihak setakat ini hampir RM9,000,” jelas beliau.

Rakyat Jepun, Takashi Kato, 58 dan isteri, Kaoru Kato, 52, Selasa lalu turut membantu dengan melancarkan derma 20 peratus hasil jualan di kedai mereka di Kuala Lumpur iaitu Opera Fashion Cafe di Plaza Damas, Sri Hartamas dan Kompleks Membeli-belah Bangsar Village, Bangsar Baru.

Orang ramai yang ingin menderma boleh menghubungi bapa Raja Munirah, Raja Iskandar di 017-2672610 atau melalui akaun Bank Rakyat (220591222126) milik ibunya, Karimah Mamat.

21 Comments:

  1. Anonymous said...
    oiii...ko x malu ke nk mintak2 duit ngan org????? anak kau tu mmg celaka.. mak bapak mmg bodo!!! x reti nk jaga anak...ni lah budaya kita, anak x reti nak jaga bila kena ape² hal baru nk sbuk..biar dia duk laa kat dlm penjara tu..biar dia tau skit erti hidup didunia....
    Anonymous said...
    to her father n mother... org cmni ke kita nk tlg?? kerajaan plak duk sibuk2. tgk ni >>> http://fuiyoh.blogspot.com/2007/12/raja-munirah-raja-iskandar.html
    Raja Munirah Raja Iskandar said...
    Janganlah ikut emosi. Mak bapak mana yg tak sayangkan anaknya. benda sudah jadi. jangan kita fikir yang kita tak kena tangkap kita boleh senang-senang kutuk orang lain. kita ada adik beradik. anak bini. macam-macam boleh jadi pada mereka kalau tuhan nak uji. sebab itu kita bersyukur dan bantulah mereka yang memerlukan. percayalah pada balasan baik dari tuhan.

    apa nak dimarahkan pada kerajaan. tidak usah cari alasan marilah kita bantu walaupun sedikit
    Ahli UMNO said...
    PAS Kelantan boleh bantu ibu bapa Umi Azlim pergi ke China takkan UMNO tak boleh bantu ibu bapa Raja Munirah ke Jepun. Dengarnya familynya orang UMNO??
    Fikir2kanlahh..
    Anonymous said...
    Alah...siapa suruh bangang sangat bawak dadah...skang baru nak mintak tolong! Fuck lah! Memalukan negara je betina ni! Patutnya jepun jatuhkan hukum gantung je kat dia ni!
    ninja boy said...
    aku harap lepas nie raja munirah tu bawak la banyak2 bertaubat... insaf la... nie baru balasan yg ALLAH SWT bg kat dunia, kat akhirat nnt blom tau lg... ubah la life style tu... kalo dulu sosial sgt dok huhahuha sana sini, so lps nie elok2 la sket.. tgk sket dgn siapa kita bergaul, jgn main rembat je nk kwn dgn saper2 pun.. jd kan la nie sbg pengajaran...
    blalalu said...
    name dah sedap..prangai dlm pic tu la cam soSIAL nk mati..tu yg xsdap dpandang.igt ngko tu omputeh ke..aii..pape laa labuu...
    ni br siket Tuhan nk uji..kalo mmg terbukti salah..tali gantong laa jwbnye kn

    by the way, aku TAKKAN derme utk org cmnihh..baik derme pd org yg lebih memerlukan..tgk2 dpt bebas pon, prangai tang tu jgk..bt ape.
    Anonymous said...
    Why are there so many bodohs in Malaysia? Too much inbreeding?
    Anonymous said...
    dont know y orang kte still ag nk beban kan lg problem kt family Raja Munirah??if dun wan help them its ok la but u all xpayah ar nk kuar kn bahasa kasar kowang tu..simpan je air liur kowang 2 cz bau buchuk ar weh!!!kte hidup bermasyarakatan n ckp 2 biar pikir dulu..hidup nie xsentisa ade kt atas 1 ari nnti akan jatuh kt bwh gak..kowang tgh senang..dats y kowang ckp nk pom pom jer..nasib die biar tuhan yg tntu kan then kowang xyah la nk sibuk2 nk kaco keje tuhan k..too emo ar u all
    Anonymous said...
    tak faham betul lah aku kat mulut org2 melayu yg tinggal comment kat sini... cakap mcm takde otak. i dont know munirah therefore i won't judge her lifestyle ke, dressing ke, socialability ke... but kalau nak mencaci tu fikir fikirla sikit korang oi! u guys think all those girls yg bertudung labuh tu semua cantik ke budi akhlak dorang? kalau nak mengjudge dari segi dressing la kan? nope, many videos terlampau yg aku tgk semuanya budak2 bertudung... siap bagi bj lagi. korang2 yang takde otak, cuba fikirkan.. kalau la sebenarnya mmg si munirah ni innocent, korang yg tanggung dosa fitnah... she might be in jail kat dunia tapi korang yg bakal menjawab kat akhirat. so can i say padan muka korang? can i say u'll get wat u deserve? i bet these comments are left by noone more that a delivery boy... or kakak tudung yg takde keja kat ofis kerajaan yg suka surf internet... pastu lepas je work hours kasi bj kat bf mat rempit dorang kat tangga apartment murah dorang... so typical.
    Anonymous said...
    for me....
    i tak nak tolong org mcm nih,i nak tolong org miskin lagi untung, contohnya yg dlm bersamamu..mak ayah dia still kuat kan n ada kudrat lagi, bukan cacat..jd. carilah duit sendiri...
    Fazi said...
    duh! don't make a big fuss lah if you guys refused to donate. Just seal your lips.. I'm sure if the same things happen to your family members she/he wouldn't get any single favor from others just because of your action has been judged by HIM. Think a bout it..
    Anonymous said...
    askum..
    korang nih tak baik taw bwat mak bapak dye camtuh..
    benda da nak jadi so kna r tlong..
    cer klo korang kat tmpat dye???
    klau org xmaw tlong korg caner...????
    Anonymous said...
    If you guys don't wanna help, then shut the fuck up. Don't add salt to the injury. What she has done in past life, is past... let Allah decide on that. Now let's help a fellow Malaysian here.
    To Raja's parents, I hope you persevere in this.
    For the donation, you could try setting up a website & put a PayPal button link especially for donation. That way, anybody who reads your blog /website can donate at the site itself. Obviously you need a credit /debit card in order to open up a PayPal account. Once that is done, you can get the widget here. http://www.widgetbox.com/widget/paypal-donations-button

    It's the least I could do.. Lets all pray for the good of us & all mankind. Amin.

    P/S:And I noticed that you don't have a Maybank Account, do add one because most people have a Maybank account, hence it is easier for people to donate either thru Maybank2u or thru the ATM machine itself
    Anonymous said...
    I'm sorry, the link for the Paypal donation didn't come out in full, here it is again...

    http://www.widgetbox.com/widget/paypal-donations-button
    Anonymous said...
    I don't know what's wrong, but the full link wont come out...

    http://www.widgetbox.com/widget/
    paypal-donations-button

    okay, the missing word is actually "button", type it (together with the earlier link that I gave you) in a new browser & the donation widget will appear.

    Hope this helps
    Fragma said...
    Segala benda ada punca dan akibat...
    Punca sudah berlalu (sejarah), yg penting dan menjadi tanda tanya adalah kesannya di masa hadapan..

    Bantuan harus diberikan kerana bantuan itu bukan sahaja utk Raja Munirah, tp utk Ibu bapa dia juga, keluarga dia...
    Kalau x mahu menolong Munirah sekalipun, mari la kita bantu ibu bapa dia..

    Sy berdoa agar Raja Munirah bakal bebas dan x bersalah. Bantuan dah dihulurkan, yg tingal cuma doa dn harapan shj...

    Apa yg menjadi kerisauan seterusnya ialah apakah kesan yg akan menimpanya setelah semua ini berakhir...

    Kengkawan dia tu ingat lagi x kat dia?
    Pandangan masyarakat terhadap dia... Sekarang ni pun, imej munirah sudah negatif...Duit ibu bapa dia yg sudah byk habis, ibu bapa dia pasti sudah malu...lain2 lagi...

    *lets pray the best for Munirah's future....
    Anonymous said...
    salam...aku tak kenal saper raja munirah ni...tp kita sebagai manusia tak der hak nak judge dier..dah ketentuan allah swt...korang rakyat malaysia patut support rakyat sendiri...aku nak tolong sumbang duit pun aku tak tau camner....no akaun parent munirah pun aku tak der...eventhough aku bukan malaysian tp aku anak melayu..MELAYU BEB!!!! so takkan melayu hilang kat dunia....maner2 yg kutuk tu tunggu balasan kat sana nanti...wassalam
    Anonymous said...
    assalamualaikum....sume orang wat silap...manusia tak sempurna..so tak heran la. yg korang orang malaysia terutama melayu nak bising apehal? dah takder iman ker? untuk parent munirah, i harap u all sabar..student kat jepun dah tau kes munirah..we all support malaysian. kalau rasa simpati watla donation..kalau xnak, diam2 dah la...cuber renungkan jika anak,kakak atau adik anda sekalian ditimpa nasib macam munirah...tentu teraba2 meminta bantuan...jadi apa tugas kita? sendiri fikirla...kerajaan duk melaungkan sayangi keluarga...mana pergi semangat tu? aku doakan supaya taubat munirah diterima oleh allah swt..Dia yang berhak menentukan nasib munirah....bukan korang yang tak prihatin!!!! KOBE STUDENT......nazrin
    Anonymous said...
    i'll definitely pray for her. thats all i can do to help. she's considered lucky u know. god's still giving her a chance. and at least its not a death sentence. i hope her parents will stay strong. pray hard. god's listening. :)
    Anonymous said...
    the typical malay syndrome are like the nasty comments above..and i hope munirah and family will not be affected by them because they are "sampah masyarakat" anyway...

    ps: bukan pahala you dapat dari mengutuk org, malah dosa...so if you go on like this in your life...you are exactly like the things you said of others...THINK!

Post a Comment