Tuesday, May 27, 2008
Harian Kosmo - 27/05/2008
PUTRAJAYA - Pelajar Malaysia, Raja Munirah Raja Iskandar (gambar) gagal dalam cubaan terakhirnya untuk membatalkan sabitan dan hukuman penjara bagi kesalahan cuba menyeludup syabu di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita pada 2006.
Peguam belanya, Rosal Azimin Ahmad semasa dihubungi berkata, alasan yang betul yang terkandung dalam Fasal 405 Undang-undang Prosedur Jenayah Jepun ialah dakwaan bagi tidak mematuhi hak perlembagaan.
Berikutan itu, beliau berkata, Raja Munirah amat sedih dengan keputusan mahkamah itu, tetapi menerimanya dengan tenang.Rosal Azimin berkata, Raja Munirah mungkin memohon bagi parol, tetapi dia perlu menghabiskan separuh daripada hukuman penjara itu.
Raja Munirah, 23, dihukum penjara tujuh tahun dan enam bulan dan didenda 1.5 juta yen (kira-kira RM46,800) atau penjara 250 hari jika gagal membayar denda itu oleh Mahkamah Tinggi Jepun selepas dia mengaku bersalah terhadap kesalahan itu.Hukuman itu berkuat kuasa dari tarikh dia ditangkap pada 20 Disember 2006.
Labels: Kosmo
2 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
http://Shockinghomebusiness.com