Tuesday, December 4, 2007

Rayuan Raja Munirah ditolak mahkamah Jepun

Berita Harian - 04/12/2007

KUALA LUMPUR: Sebuah Mahkamah Tinggi di Jepun hari ini menolak rayuan pelajar Malaysia Raja Munirah Raja Iskandar bagi mengetepikan sabitan kesalahan dan hukuman penjara tujuh tahun empat bulan kerana cuba membawa masuk 690 gram syabu di Lapangan Terbang Antarabangsa di Tokyo tahun lalu.

Peguamnya Rosal Azimin Ahmad, ketika dihubungi berkata, mahkamah bagaimanapun mengurangkan hukuman penjara Raja Munirah selama 100 hari, yang bermakna dia akan dipenjara selama tujuh tahun sebulan.

Rosal Azimin berkata mahkamah tidak menerima keterangan laporan forensik siber, iaitu laporan data SMS, bagi mengetepikan semua mesej SMS antara Raja Munirah dan lelaki Iran bernama Milad, yang didakwa oleh Raja Munirah sebagai orang yang menganiayainya.

Mahkamah mendapati keterangan menerusi laporan forensik siber tidak mencukupi selain meragui kesahihan laporan data SMS itu.

Rosal Azimin berkata beliau bersama sekumpulan peguam Jepun akan merayu kepada Mahkamah Agung dalam masa 10 hari ini.

Raja Munirah, 22, pelajar bidang sebaran am di sebuah kolej swasta di Malaysia, telah mengaku bersalah terhadap tuduhan itu pada 20 Dis tahun lepas.

Dia mendakwa diperdaya oleh Milad untuk membawa beg melepasi pusat pemeriksaan kastam tanpa mengetahui kandungannya.

Dia kini berada di pusat tahanan Kosuge di Tokyo. — Bernama

0 Comments:

Post a Comment